PERATURAN
1 ) Bayaran Pendaftaran : RM10 ( Termasuk T-shirt , goodies dan Cabutan bertuah ) terhad 300 peserta sahaja. 2 ) Tarikh tutup borang pendaftaran : 1 Mac 2012 ( Sila bayar & hantar di Kaunter Pertanyaan Lobi Hospital Sultan Abdul Halim pada Hari berkerja Ahad-Isnin 8.00 pg - 4.30 ptg dan Khamis 8.00 pg -3.30 ptg ). 3 ) Pastikan anda mendapat resit pendaftaran semasa membuat pembayaran di kaunter pertanyaan Hospital S.A.H sahaja. 4 ) Jarak kayuhan : -+20 km ( Hanya basikal MTB / RB / FIXIE sahaja dibenarkan ). 5 ) Makanan dan minuman serta goodies disediakan selepas kayuhan,digalakan peserta bersarapan pagi sendiri yang secukupnya. 6 ) Pelepasan peserta bermula pukul 7.00 pagi . Pastikan anda berada di tempat pelepasan 30 minit sebelum berlepas. 7 ) Terbuka kepada semua berumur 12 tahun dan keatas dan bagi umur 18 tahun kebawah sila pastikan mendapat kebenaran ibubapa atau penjaga. 8 ) Borang boleh di download dalam blog ini.Juga boleh dapatkan di kaunter Lobi Hospital Sultan Abdul Halim ( Boleh terus berdaftar & bayaran jika mencukupi syarat). 9 ) Semua peserta di wajib memakai Helmet Keselamatan dan digalakan memakai sarung tangan. ( NO Helmet No Ride ) 10 ) Semua peserta dan komiti yang terlibat dalam kayuhan tidak dibenar melakukan sebarang pintasan jalan sendiri , mesti bermula garisan permulaan dan berakhir digarisan penamat. 11) Semua peserta boleh dapatkan T-Shirt dan plate nombor pada 15 hb Mac 2012 di Lobi Hospital Sultan Abdul Halim masa 9.00 pg - 3.30 pm bersama resit bayaran sebagai bukti. 12) Sepanjang peserta kayuhan diwajibkan memakai T-Shirt yg diberikan oleh pihak penganjur.Pihak kami berhak mengubah Syarat-syarat dan membatalkan penyertaan jika menjadi satu keperluan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
No comments:
Post a Comment